13 & 14 DISEMBER 2022M | 18 & 19 JAMADILAWAL 1444H (SELASA & RABU) – Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Penyerahan Al-Quran Wakaf kepada Masjid, Surau, Sekolah dan pihak yang terkesan dengan musibah banjir di daerah Kemaman dan Hulu Terengganu, Terengganu. Majlis telah diadakan di Pejabat Agama Daerah Kemaman dan Hulu Terengganu, Terengganu.
YBrs. Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim telah sudi meluangkan masa bagi menyampaikan penyerahan al-Quran wakaf kepada Masjid, surau, sekolah dan pihak yang terkesan dengan musibah banjir di daerah Kemaman dan Hulu Terengganu. Turut hadir ialah Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan YBrs. Alfadhil Ustaz Rozimi bin Zamri serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan.
Sumbangan al-Quran wakaf ini adalah inisiatif pihak MAIWP dan JAWI melancarkan tabung dana khas dan wakaf bagi negeri-negeri yang sangat terkesan dengan musibah banjir tahun lalu iaitu Taman Sri Muda Shah Alam Selangor, daerah Mentakab Pahang serta daerah Kemaman dan Hulu Terengganu.
Al-Quran ini dicetak khas oleh pihak Nashrul Quran, Putrajaya. Sebanyak 600 naskhah al-Quran telah diserahkan kepada setiap daerah tersebut iaitu 300 naskhah bersaiz besar, 200 naskhah bersaiz sederhana dan 100 naskhah bersaiz kecil. Al-quran wakaf ini bertujuan menggantikan mushaf-mushaf yang telah hanyut dan rosak akibat musibah banjir tersebut untuk digunakan oleh orang ramai khususnya di Masjid, Surau dan Sekolah-sekolah yang terkesan dengan musibah banjir.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
8 DISEMBER 2022M | 13 JAMADILAWAL 1444H (KHAMIS) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) telah menerima rombongan lawatan daripada Pertubuhan Amal Arif Zahir Malaysia, di Dewan Muslimat di MWPKL. Majlis didahului dgn ucapan pembukaan oleh bahagian Kebajikan & Sosial, serta ucapan wakil daripada rombongan, iaitu Tuan Haji Arif Fadzilah Bin Jais, Pengerusi Pertubuhan Amal Arif Zahir Malaysia.
Lawatan ini juga telah disertai oleh 15 orang peserta ahli Rumah Ngaji Raja Khodibah di Kuala Dipang, Kampar, Perak.
Majlis diakhiri dengan lawatan sekitar Masjid Wilayah yang dikelolakan oleh Masjid Tour Program (MTP) MWPKL.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
5 DISEMBER 2022M | 10 JAMADILAWAL 1444H (ISNIN) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) telah mengadakan lawatan kerja ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBKK) bersama 44 pegawai Masjid, yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir bersama Imam Besar MWPKL, Tuan Haji Rozimi Bin Zamri, beserta Mantan Imam Besar MWPKL, Tuan Haji Muhyiddin Bin Aziz.
Lawatan ini disambut dengan meriah oleh pelajar2 tahfiz dan pameran berkaitan MBKK. Taklimat berkaitan MBKK disampaikan oleh
Ybhg. Datuk Haji Jamal Bin Tun Haji Sakaran, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Lawatan ini termasuk di dalam Kursus Retreat Pegawai MWPKL 2022 di Kota Kinabalu, Sabah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
3 DISEMBER 2022M | 8 JAMADILAWAL 1444H (SABTU) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) telah mengadakan Kursus Kerja Semarak Berpasukan bagi membincangkan hala tuju program dan aktiviti MWPKL bagi tahun 2023. Program ini telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat Latihan Islam Kundasang (ILIM).
Selain itu, program ini juga dilaksanakan bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara warga MWPKL dengan melakukan acara berpasukan.
Majlis Apresiasi turut diadakan bagi menghargai jasa bekas kakitangan MWPKL yang pernah berkhidmat di MWPKL, yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Pengurusan,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
![]() |
17 NOVEMBER 2022M | 22 RABIULAKHIR 1444H (KHAMIS) – Pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M yang berlangsung pada 15 -17 November 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, barisan Jemaah Hakim Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M telah membuat ketetapan berdasarkan pencapaian para qari, qariah, hafiz dan hafizah terbaik sebagaimana berikut: -
1. Bahagian Qari :
a) Johan - Encik Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad;
b) Naib Johan - Encik Muhammad Ammar Mukhlis bin Abdul Mohsin; dan
c) Tempat ketiga - Dr. Khalid bin Isa.
2. Bahagian Qariah :
a) Johan - Puan Noorul Hasliza binti Haji Ahmad;
b) Naib Johan- Puan Rosnani binti Mohmad;dan
c) Tempat Ketiga - Puan Kamariah binti Yusof.
3. Bahagian Hafazan:
a) Johan Kategori 1 -10 Juzuk (Lelaki) - Saudara Muhammad Fahim Bin Shari;
b) Johan Kategori 1-10 Juzuk (Perempuan) - Saudari Asma' Athirah binti Ismail,
c) Johan Kategori 1-20 Juzuk (Lelaki)- Saudara Muhammad Amzar Muzakkir bin Md Lela ;
d) Johan Kategori 1-20 Juzuk(Perempuan)- Saudarai Maryam binti Razali ;
e) Johan Kategori 1-30 Juzuk(Lelaki) - Saudara Muhammad Fahmi bin Bukhari ;
f) Johan Kategori 1-30 Juzuk (Perempuan) - Saudari Athirah Salihah binti Al-Azmi
Pemilihan pemenang dibuat adalah berdasarkan kriteria penghakiman mengikut bidang iaitu Tajwid, Tarannum, Fasohah dan Suara bagi kategori TilawahAl-Quran, manakala bagi kategori Hafazan Al-Quran pula penghakiman berdasarkan bahagian Hafaz dan Lancar, Tajwid, Fasohah, Tarannum, Suara dan Persembahan serta bidang Tafsir.
Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai, sijil penghargaan dan piala iringan, Johan qari dan qariah turut menerima hadiah pakej tunai menunaikan umrah. Manakala johan hafazan Kategori 1-30 Juzuk (Lelaki /Perempuan)menerima hadiah pakej umrah tajaan Andalusia Travel & Tour dan Syarikat ZIKAY Group.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Turut serta pada majlis tersebut ialah Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan yang diiringi oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 15- 17 November 2022 dengan penyertaan seramai 40 orang peserta.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Text berita : Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Gambar : Unit Komunikasi Korporat, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur