FUNGSI SETIAP CAWANGAN
CAWANGAN KHIDMAT PENGURUSAN
PENTADBIRAN
PERKHIDMATAN & SUMBER MANUSIA
KEWANGAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT
CAWANGAN PENGIMARAHAN
IBADAH
DAKWAH
PENDIDIKAN
CAWANGAN KHIDMAT SOSIAL & KEBAJIKAN
CAWANGAN KHIDMAT SOSIAL & KEBAJIKAN
FUNGSI CAWANGAN KHIDMAT SOSIAL & KEBAJIKAN
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan (CKS) adalah salah satu daripada tiga cawangan penting di bawah pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan selain Cawangan Khidmat Pengurusan dan Cawangan Pengimarahan. CKS bertindak menjalankan aktiviti khidmat sosial dan kemasyarakatan di peringkat Wilayah Persekutuan. Program sosial yang dilaksanakan adalah aktiviti Menyantuni Masyarakat, Penjagaan Kesihatan, Sukarelawan Bencana Alam dan Pelancongan Masjid. Program kebajikan yang dilaksanakan adalah Pengagihan Barangan Keperluan Asnaf, Lawatan Pesakit di Hospital, Rumah Perlindungan, Rumah Kebajikan, Rumah Anak Yatim, Pengurusan Jenazah, Penjagaan Anak semasa Solat Tarawih dan perlindungan Mangsa Keganasan Rumahtangga. Fungsi Cawangan Sosial dan Kebajikan ialah:
* Menguruskan pentadbiran Unit Sosial dan Kebajikan
* Menguruskan aktiviti pelancongan dan lawatan harian dari dalam dan luar negara
* Menguruskan lawatan perkongsian maklumat dalam dan luar.
* Menguruskan program menyantuni golongan fakir miskin, pesakit kronik dan anak yatim
* Menguruskan Ceramah Penjagaan Kesihatan
* Menguruskan Pelaksanaan Sukarelawan dan Aktiviti berkaitan bencana alam
* Menguruskan Pengagihan Barangan Bait Rizq kepada Asnaf di masjid
* Menguruskan Pengagihan barangan Bait Rizq ke luar seperti komuniti, sekolah, rumah kebajikan dan anak yatim
* Menguruskan lawatan pesakit kritikal di hospital
* Menguruskan Penjagaan anak-anak semasa pelaksanaan Solat Sunat Tarawih
* Memberikan khidmat nasihat keganasan rumahtangga.
* Menguruskan pendaftaran perkahwinan dan perceraian.
Aktiviti:
- Aktiviti Pelancongan Masjid 3 sesi setiap hari berjadual dan walk in.
- Pembukaan Bait Rizq untuk golongan sasaran pada Hari Rabu 1 kali sebulan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Pengagihan barangan Bait Rizq ke Komuniti atau sekolah.
- Lawatan pesakit kronik.
- Aktiviti gotong royong dan menyantuni anak yatim di premis pilihan
- Aktiviti ramah mesra dengan warga tua di Rumah Kebajikan Orang Tua.
- Aktiviti Khitan kanak-kanak warga Wilayah Persekutuan.
- Aktiviti gotong royong membersih dan menyantuni mangsa banjir.
- Aktiviti meningkatkan kesihatan melalui ceramah kesihatan antara jabatan.
- Aktiviti perlindungan kepada mangsa keganasan rumahtangga mengikut keperluan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Sebagai Pegawai Perhubungan Awam MWP, menguruskan sidang media, lawatan rasmi, promosi dan hebahan, media sosial (FB, Instagram, Youtube, MWP Channel), kerjasama dengan pihak media cetak & elektronik, segala urusan pengambaran di MWP, Majalah & Taqwim, laporan statistik, laporan tahunan.