MAJLIS TAKLIMAT DAN PEMBUKAAN KELAS PENGAJIAN SESI 2023
16 JANUARI 2023M | 23 JAMADILAKHIR 1444H (ISNIN) – Majlis Taklimat dan Pembukaan Kelas Pengajian Dewasa Sesi Tahun 2023 telah disempurnakan dengan ucapan aluan oleh Ybrs Tuan Haji Rozimi bin Zamri, Imam Besar MWPKL bertempat di dewan jamuan selepas solat Maghrib.
Pada majlis tersebut beliau yang diiringi Ybrs Dr. Khalid bin Isa, Penolong Pengarah Kanan Unit Kelas Pengajian turut menyampaikan surat lantikan kepada guru-guru yang telah dilantik sebagai tenaga pengajar.
Sesi taklimat kepada pelajar-pelajar telah disampaikan oleh Ustaz Jeffri bin Bujang. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mengikuti kelas pengajian pada sesi kali ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.