PROGRAM CAKNA KASIH MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
5 JANUARI 2023M | 12 JAMADILAKHIR 1444H (KHAMIS) – Masjid Wilayah Persekutuan melalui Cawangan Khidmat Sosial Dan Kebajikan telah membuka tirai tahun 2023 dengan Program Cakna Kasih Masjid Wilayah Persekutuan (MWP). Program ini diadakan bagi menyantuni penerima-penerima sumbangan Bait Al Rizq MWP yang terpilih dengan menziarahi dan menyampaikan bantuan sumbangan.
Untuk permulaan, Encik Sharkawi bin Saari daripada Pangsapuri Kos Rendah, Bandar Tasek Selatan telah dipilih di dalam program kali ini. Encik Sarkawi menghidap kanser tulang manakala isterinya menghidap kencing manis dan darah tinggi kronik. Barangan keperluan asas berupa beras, minyak masak, tepung dan makanan berkhasiat telah disampaikan. Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban tanggungan beliau yang kini menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang pendapatan tetap.
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan & Sosial,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur