Hits: 1114
BENGKEL MODUL SUKATAN PELAJARAN KELAS PENGAJIAN MWPKL 2023
Hits: 1114
16 & 18 DISEMBER 2022M | 21 & 23 JAMADILAWAL 1444H (JUMAAT-AHAD) – Unit Kelas Pengajian Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Bengkel Modul Sukatan Pelajaran Kelas-Kelas Pengajian pada 16 hingga 18 Disember 2022. Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam telah dihadiri oleh pegawai-pegawai MWPKL dan guru-guru kelas dewasa dan kanak-kanak yang telah dilantik bagi sesi pengajian tahun 2023.
Bengkel tersebut telah dibimbing oleh Ybrs Ustaz Dr.Khalid bin Isa, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kelas Pengajian MWPKL dan turut dihadiri oleh Ybrs Tuan Haji Rozimi bin Zamri, Imam Besar MWPKL. Kelas-Kelas Pengajian Dewasa dan Kanak-Kanak dijangka akan dibuka untuk pendaftaran pada bulan Januari 2023 dan akan diumumkan melalui Facebook Rasmi MWPKL.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur