KUNJUNGAN MUHIBBAH DARI KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BERSAMA BADAN TANMIAH HARTA MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI
3 FEBRUARI 2023M | 12 REJAB 1444H (JUMAAT) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima kunjungan muhibbah Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei. Delegasi yang diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Dato' Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam yang disertai 9 orang pegawai telah disambut oleh Ybrs Haji Rozimi bin Zamri, Imam Besar, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. diringi pegawai-pegawai MWPKL. Delegasi tersebut juga turut menunaikan Solat Jumaat yang diimamkan oleh Ybrs Dr.Khalid bin Isa, Imam Kanan, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.