23-25 OGOS 2024M | 18-20 SAFAR 1446H (JUMAAT-AHAD) โ PROGRAM PERMATA REMAJA, KEM MOTIVASI PELAJAR 2024 Program telah dianjurkan oleh Unit Dakwah Masjid Wilayah Persekutuan pada 23-25 Ogos 2024 bertempat di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat, Selangor. Peserta merupakan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan seramai 40 orang bersama 4 guru pengiring. Antara pengisian program dan aktivti adalah sesi ice breaking, rempuh halangan, water confident, senamrobik dan sesi pengisian rohani. Seramai 11 orang urusetia terlibat mengendalikan program tersebut yang diketuai oleh YBrs. Us. Syapol Maโarof bin Mohd, PPK Unit Kebajikan dan Sosial dan Ybrs. Us. Jamal Zaidi bin Ismail, PPK Unit Khidmat Pengurusan MWPKL.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง/
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐.๐๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐/๐ ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ
โ
Disediakan oleh:
Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
8
28-29 OGOS 2024M | 23-24 SAFAR 1446H (RABU-KHAMIS) - Unit Dakwah sekali lagi telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah Kampung Orang Asli Sungai Ruai dengan kerjasama Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan dan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Program pada hari pertama dimulai dengan aktiviti menziarahi 10 buah rumah penduduk serta serahan bantuan makanan asasi dengan diiringi oleh AJK Surau Sungai Ruai.
Program kemudian diteruskan dengan aktiviti gotong royong di Surau Kampung Ruai Hilir.
Aktiviti sukan bersama Orang Asli Kampung Ruai dimulakan dengan acara isi air dalam botol, tiup gula dalam tepung, lari dalam guni, lambung belon air, makan biskut, dan bola sepak antara Masjid Wilayah Persekutuan dan penduduk Orang Asli. Disebelah malam, aktiviti diteruskan dengan makan malam, acara kuiz berkonsepkan kenegaraan dan ketuhanan dan karaoke.
Turut diadakan cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi majlis. Penduduk berasa gembira setiap kali dari mereka berjaya dipilih memenangi cabutan bertuah. Semoga rezeki yang dikongsikan dengan mereka akan mendapat rahmat dan berkat Allah S.W.T.
Hari kedua program dimulakan dengan acara perasmian penutupan Program Ziarah Mahabbah dengan dirasmikan oleh YB. Datoโ Sri Hj. Hassan bin Ariffin, Pengerusi Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan. Sumbangan 100 bungkusan makanan asas dan wang tunai turut diagihkan kepada penduduk Sungai Ruai seramai 100 orang.
Semoga dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat membantu penerima dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง/
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐.๐๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐/๐ ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ
โ
Disediakan oleh:
Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
15 OGOS 2024M | 10 SAFAR 1446H (RABU) โ Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah menerima lawatan sambil belajar dari Tadika Duha Bestari seramai 40 orang murid berusia antara 3 hingga 6 tahun, bersama 4 orang guru pengiring dan 2 orang fasilitator.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang keindahan dan fungsi masjid sebagai pusat ibadah dan komuniti. Semasa lawatan, pelajar-pelajar berpeluang melihat struktur seni bina masjid yang cantik dan mendalami nilai-nilai Islam melalui penerangan yang disampaikan oleh pihak masjid.
Selain itu, pertandingan mewarna juga diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti lawatan. Para pelajar menunjukkan kreativiti mereka dengan mewarna gambar lukisan masjid yang telah disediakan oleh pihak masjid.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata kepada peserta lawatan. Dengan aktiviti ini diharapkan dapat memberi galakan kepada peserta-peserta cilik dan mereka dapat merasai sendiri pengalaman masuk ke masjid.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง/
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐.๐๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐/๐ ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ
โ
Disediakan oleh:
Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
6 OGOS 2024M | 1 SAFAR 1446H (SELASA) โ Masjid Wilayah Persekutuan hari ini telah menerima sumbangan sebuah van serbaguna daripada Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan. Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Dato' Sri Hasan bin Arifin,Pengerusi Sahabat Masjid WP kepada YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI merangkap Pengerusi, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Anjung A, Masjid Wilayah Persekutuan.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง/
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐.๐๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐/๐ ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ
โ
Disediakan oleh:
Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
8 JULAI 2024M | 2 MUHARAM 1446H (ISNIN) โ Majlis Khatam Al-Quran Mualaf, RCS Reverts Community Synergy dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Pada 8 Julai 2024/ 2 Muharam 1446H (Isnin), telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Mualaf , RCS Reverts Community Synergy dan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah diadakan di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Program yang dikendalikan dengan penuh bermakna ini bermula dengan persembahan bacaan ayat suci al Quran oleh Qariah Muallaf dan diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria bin Mohamed, Imam Kanan, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Antara sorotan acara adalah ketika 2 (dua) orang saudara baru telah menerima syahadah secara rasmi, menyatukan mereka dengan masyarakat Islam. Semoga mereka diberi kekuatan untuk istiqomah dalam mempelajari agama Islam.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan sumbangan cenderahati kepada para peserta yang disampaikan oleh Wakil Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Zakaria bin Mohamed. Majlis diakhiri dengan jamuan makan untuk semua tetamu yang hadir.
Semoga majlis seperti ini dapat meningkatkan kecintaan kita kepada Al-Quran dan seterusnya dapat membudayakan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian.