Kuala Lumpur,Putrajaya
3 Zulkaedah 1446  |  01 May 2025
05:43
Imsak
05:53
Subuh
07:28
Dhuha
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

PROGRAM AMBANG RAMADAN 1446H PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

 

8Lawatan 1

27 FEBRUARI 2025M | 28 SYAABAN 1446H (KHAMIS) -Masjid Wilayah telah mengadakan program khas bertajuk Ahlan Ya Ramadan sebagai persiapan untuk menyambut bulan Ramadan. Program ini dimulakan dengan Pelancaran Ihya Ramadan yang mengumumkan pelbagai aktiviti dan inisiatif untuk memakmurkan masjid sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Majlis diteruskan dengan sumbangan daripada Sahabat Masjid untuk memeriahkan lagi aktiviti sepanjang bulan Ramadan di MWPKL.
 
Tumpuan utama acara adalah Kuliah Khas Ambang Ramadan yang bertajuk Ahlan Ya Ramadan, yang disampaikan oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI. Beliau berkongsi petua-petua keimanan melalui ibadah puasa serta memberikan panduan tentang bagaimana untuk memanfaatkan bulan Ramadan dengan lebih baik termasuk amalan ibadah dan peningkatan akhlak.
 
Dalam kuliah tersebut, beliau juga menekankan pentingnya penggunaan gajet secara bijak sepanjang Ramadan. Beliau mengingatkan agar umat Islam tidak terlalai dengan penggunaan gajet yang berlebihan, tetapi sebaliknya dapat memanfaatkannya untuk mempertingkatkan amalan ibadah seperti membaca al-Quran, mengikuti ceramah agama, dan menyebarkan kebaikan melalui media sosial. Penggunaan gajet yang terarah dapat membantu kita tetap produktif dalam beribadah tanpa mengabaikan tujuan sebenar Ramadan.
 
Beliau juga berpesan agar umat Islam terus berusaha dan bercita-cita untuk melaksanakan kebaikan sepanjang Ramadan dan seterusnya. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dengan lebih 350 jemaah hadir untuk memeriahkan majlis.

𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:

🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩

455645401 916438100522231 1880931188349281396 n WhatsApp Image 2024 12 02 at 09.31.24
WhatsApp Image 2024 08 16 at 11.12.29 Program Ambang Tahun Baru 1446H PIC1
 WhatsApp Image 2025 01 02 at 10.34.25 7  WhatsApp Image 2025 01 02 at 10.34.25 9
 

 Disediakan oleh:

Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.