ZIARAH MAHABBAH MASYARAKAT ORANG ASLI 2025
8
Program selama tiga hari dua malam ini bertujuan meluaskan peranan masjid serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat Islam bandar dan masyarakat Orang Asli setempat melalui pendekatan dakwah, kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang antaranya perlawanan bola sepak antara komuniti orang asli dengan pasukan bola Masjid Wilayah Persekutuan, malam kerohanian, solat berjemaah, rewang, sukaneka, ziarah komuniti dan serahan sumbangan Baitul Rizq. Program turut diserikan dengan persembahan tarian dari komuniti Orang Asli serta video tayangan sepanjang program.
Program ini mencerminkan komitmen Masjid Wilayah Persekutuan dalam menjalin hubungan erat dengan komuniti luar bandar serta memperkukuh usaha dakwah dan khidmat masyarakat secara inklusif.
Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh penduduk Kampung Sungai Kucing amat menggalakkan dan pihak masjid berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform pembangunan spiritual dan sosial bersama masyarakat pedalaman.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง/
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐.๐๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐/๐ ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.