Hits: 394
BENGKEL CELIK JAWI 2025
Hits: 394
14 Jun 2025 | 17 Zulhijah 1446H (Sabtu) – Pengurusan Perpustakaan Masjid Wilayah Kuala Lumpur telah mengadakan Bengkel Celik Jawi 2025 bertempat di Perpustakaan Masjid Wilayah Persekutuan.Bengkel yang dipimpin sepenuhnya oleh Ustazah Siti Rohayu binti Mario yang juga Munsyi Dewan DBP (Jawi) berjaya menawarkan banyak manfaat, termasuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis Jawi kepada peserta-peserta yang terdiri daripada adik-adik yang berusia daripada 9 hingga 12 tahun. Pendekatan dan pengalaman beliau menjadikan pembelajaran jawi kali ini ini lebih menyeronokkan dan menarik minat para peserta.
Antara lain objektif bengkel ini juga adalah untuk memperkukuh pemahaman tentang bahasa dan budaya kita serta menyediakan asas yang kukuh kepada para peserta dalam pendidikan agama. Selain daripada itu, ianya juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam menggunakan tulisan Jawi dan dengan teknik yang diajar, boleh dipraktik di sekolah agama masing-masing terutama kepada peserta-peserta yang akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun ini.
Terima kasih juga kepada ibubapa para peserta yang menyokong dalam penyertaan anak-anak pada hari ini. Semoga ianya menjadi asbab ke arah perjuangan dan pengetahuan anak-anak terutama dalam terus memartabatkan tulisan jawi.
Semoga sokongan daripada pihak tuan/puan dalam setiap program anjuran Masjid Wilayah Persekutuan ini berterusan dan berpanjangan.
Jemput lawati FB kami untuk melihat lebih banyak foto aktiviti program ziarah ini : https://www.facebook.com/masjidwilayahpersekutuan/posts/pfbid0DpRmhxKPksSXj44YNh9bqQqzCzCmH488YHhRLLiR6ugQZZCDKm6QDcLMHPNoksFJl?ref=embed_page
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Disediakan oleh:
Pengurusan Perpustakaan
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.