1 Oktober 2022 (Sabtu) – Unit Dakwah dan Unit Kebajikan Sosial Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Ziarah Dakwah Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Tiang, Royal Belum, Perak.
YBhg. Timbalan Pengarah Operasi JAWI Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim telah sudi meluangkan masa bagi menyampaikan ucapan perasmian seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan Baiturrizq kepada masyarakat orang asli di sini. Sebanyak 190 pek barangan asasi Baiturrizq telah disumbangkan kepada 190 keluarga di Kampung Sungai Tiang dan Kampung Klewang. Sebahagian besar mereka adalah beragama Islam.
Program ziarah dakwah bil-hal ini dihadiri oleh 30 orang kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan dengan kerjasama penggerak orang asli dari Pejabat Agama Daerah Gerik bagi menjayakan misi ini. Semoga dengan usaha ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Disediakan oleh:
Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
19.4.2022
Program Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1443H / 2022M telah berlangsung di Dewan Solat Utama selepas solat Asar. Program telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan diteruskan dengan ucapan perasmian program oleh YB Dato’ Seri Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan. Pada program tersebut YB Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil dari 4 buah Maahad Tahfiz dan 2 Rumah Anak-Anak Yatim. Acara sambutan telah diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh AF Us.Dr. Anuar Hasin dan AF Us.Abdul Khair Jalil, manakala tadabbur Al-Quran telah disampaikan oleh AF Dr. Muhammad Lukman Ibrahim. Program diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh Us.Syapol Maarof b. Mohd, Penolong Pengarah Kanan MWP.
1.4.2022
Majlis Pelancaran Road to Ramadan 2022 Masjid Wilayah Persekutuan telah diadakan di dewan solat utama sebelum masuknya waktu solat Jumaat. Majlis telah disempurnakan dengan ucapan perasmian dari YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Beliau turut menyampaikan khutbah Jumaat manakala solat Jumaat telah diimamkan oleh Sheikh Abdul Rahman El-Dasuki dari Mesir yang merupakan Imam Tarawih jemputan bagi Masjid Wilayah Persekutuan pada Ramadan tahun ini.
28.3.2022
Program Road to Ramadan telah dimulakan dengan Seminar Tadabbur Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di dewan serbaguna MWPKL yang telah diurus setiakan oleh Unit Dakwah MWPKL. Yg.brs Ustaz Muhammad Syaari bin Ab. Rahman telah dijemput bagi menyampaikan ceramah dengan anggaran kehadiran berdaftar seramai 155 orang peserta. Seminar diakhiri dengan ucapan dari Yg.brs Ustaz Dr.Khalid bin Isa, Penolong Pengarah Unit Pengajian MWPKL mewakili Imam Besar MWPKL.
Majlis Pelancaran Bulan Solat Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diadakan di dewan solat utama MWPKL sebelum masuknya waktu solat Jumaat. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Datuk Hj Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan diteruskan dengan ucapan perasmian dan gimmick pelancaran oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ).