MAJLIS PENYERAHAN AL-QURAN WAKAF DI DAERAH KEMAMAN DAN HULU TERENGGANU, TERENGGANU.
13 & 14 DISEMBER 2022M | 18 & 19 JAMADILAWAL 1444H (SELASA & RABU) – Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Penyerahan Al-Quran Wakaf kepada Masjid, Surau, Sekolah dan pihak yang terkesan dengan musibah banjir di daerah Kemaman dan Hulu Terengganu, Terengganu. Majlis telah diadakan di Pejabat Agama Daerah Kemaman dan Hulu Terengganu, Terengganu.
YBrs. Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim telah sudi meluangkan masa bagi menyampaikan penyerahan al-Quran wakaf kepada Masjid, surau, sekolah dan pihak yang terkesan dengan musibah banjir di daerah Kemaman dan Hulu Terengganu. Turut hadir ialah Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan YBrs. Alfadhil Ustaz Rozimi bin Zamri serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan.
Sumbangan al-Quran wakaf ini adalah inisiatif pihak MAIWP dan JAWI melancarkan tabung dana khas dan wakaf bagi negeri-negeri yang sangat terkesan dengan musibah banjir tahun lalu iaitu Taman Sri Muda Shah Alam Selangor, daerah Mentakab Pahang serta daerah Kemaman dan Hulu Terengganu.
Al-Quran ini dicetak khas oleh pihak Nashrul Quran, Putrajaya. Sebanyak 600 naskhah al-Quran telah diserahkan kepada setiap daerah tersebut iaitu 300 naskhah bersaiz besar, 200 naskhah bersaiz sederhana dan 100 naskhah bersaiz kecil. Al-quran wakaf ini bertujuan menggantikan mushaf-mushaf yang telah hanyut dan rosak akibat musibah banjir tersebut untuk digunakan oleh orang ramai khususnya di Masjid, Surau dan Sekolah-sekolah yang terkesan dengan musibah banjir.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur