7 APRIL 2023M | 16 RAMADAN 1444H (JUMAAT) – Sempena dengan Sambutan Nuzul Al-Quran 1444H, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah mengadakan Program Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1444H bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan pengisian acara Tilawah Al-Quran dan Taddabur Al-Quran.
Pelajar-pelajar dari beberapa Sekolah Tahfiz di sekitar Lembah Lang telah dijemput menghadiri program tersebut yang disempurnakan oleh YBrs. Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau yang diiringi YBrs. Ustaz Rozimi bin Zamri, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar tahfiz tersebut.
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
15 MAC 2023M | 22 SYAABAN 1444H (RABU) – Kerja-kerja memunggah barang-barang untuk Program Penyerahan Sumbangan Wakaf Al-Quran dan Barangan Misi Banjir Baitulrizq MWPKL, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada mangsa banjir di daerah Segamat dan Batu Pahat, Johor. Doakan perjalanan team MWPKL dan JAWI selamat pergi dan pulang..
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
17 FEBRUARI 2023M | 26 REJAB 1444H (JUMAAT) – Ceramah Perdana sempena dengan sambutan Israk Mikraj 2023 dengan tema ‘Ibrah dan Hikmah Perjalanan Agung Baginda Nabi Muhammad SAW’ telah berlangsung di dewan solat utama MWPKL selepas solat maghrib berjemaah. Ybhg Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias Al Hafiz telah dijemput bagi menjayakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Ybrs Ustaz Rozimi bin Zamri, Imam Besar MWPKL.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
3 FEBRUARI 2023M | 12 REJAB 1444H (JUMAAT) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima kunjungan muhibbah Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei. Delegasi yang diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Dato' Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam yang disertai 9 orang pegawai telah disambut oleh Ybrs Haji Rozimi bin Zamri, Imam Besar, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. diringi pegawai-pegawai MWPKL. Delegasi tersebut juga turut menunaikan Solat Jumaat yang diimamkan oleh Ybrs Dr.Khalid bin Isa, Imam Kanan, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
18 JANUARI 2023M | 25 JAMADILAKHIR 1444H (RABU) – Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bil.1.2023 telah dipengerusikan oleh Ybhg. Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kehadiran 10 orang ahli jawatankuasa bagi membincangkan dan meneliti kertas-kertas cadangan perancangan program dan aktiviti oleh pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2023.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Tuan Haji Rozimi bin Zamri merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pentadbiran MWPKL.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.