4 JULAI 2024M | 28 ZULHIJAH 1445H (KHAMIS) – Program Ambang Tahun Baru Hijrah 1446H, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Pada 1 Muharam 1446H/ 6 Julai 2024M (Sabtu) yang penuh keberkatan, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah mengadakan Program Ambang Tahun Baru Hijrah 1446H. Program dihadiri lebih dari 500 orang jemaah ini dimulakan pada pukul 7 malam dengan bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun, Imam Kanan, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bacaan Surah Yassin ini diadakan bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan pada tahun baru yang bakal tiba.
Seterusnya, program diteruskan dengan bacaan doa akhir tahun 1445H sebagai tanda syukur dan permohonan kepada Allah SWT agar kita semua diampunkan segala dosa dan kesilapan sepanjang tahun ini.
Setelah masuk waktu Maghrib pada pukul 7.30 malam, program diteruskan dengan bacaan doa awal tahun 1446H dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin sekali lagi oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun.
Tazkirah khas sempena Ambang Tahun Baru Hijrah 1446H juga telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun yang menceritakan tentang keistimewaan bulan Muharam. Dalam tazkirah ini, penceramah mengajak para jemaah untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Muharam ini sebagai satu usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Program diteruskan dengan solat Isyak secara berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan yang disediakan untuk semua jemaah yang hadir. Semoga program ini dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT serta memberikan permulaan yang baik bagi Tahun Baru Hijrah 1446H.
Salam Maal Hijrah 1446H
"Al-Falah Pemaju Malaysia Madani"
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Disediakan oleh:
Unit Ibadah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
4 JULAI 2024M | 28 ZULHIJAH 1445H (KHAMIS) – Telah berlangsung forum bertajuk "Ke Manakah Hijrah Ku..." bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Share Hjirah ini dianjurkan untuk berkongsi pengalaman hijrah iman dalam kehidupan yang penuh mencabar ini.
Tn. Hj. Shamsul Ghau Ghau, selaku moderator, membuka tirai forum dengan awal surah Al Ankabut: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?".
Forum diserikan dengan perkongsian En. Muhammad Mikhael Sathaya@muka gengster merupakan seorang mualaf yang telah 6 tahun memeluk agama Islam yang juga panel jemputan. Dalam misi mencari Tuhan, pelbagai pahit manis yang ditempuhi sehingga hampir menggugat prinsip hidup seorang muslim sejati. Tidak kurang juga panel kedua, puan Masitah binti Mohd Afandy @ Mashy, seorang usahawan berjaya dan founder produk digital. Liku-liku hidup dengan penuh dugaan, yang membabitkan kemalangan sehingga hilang seluruh penglihatannya, namun semuanya dianggap suatu yang rahmat yang besar dari Ilahi bukan suatu ujian bahkan gurauan dari Allah SWT.
Forum yang dihadiri lebih 350 orang jemaah ini mencetuskan perkongsian hijrah 2 panel hebat dengan kisah hijrah mereka yang sangat memberi inspirasi kepada kita sebagai hamba yang sangat kerdil ini.
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
|
Disediakan oleh:
Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
17 JUN 2024M | 10 ZULHIJAH 1445H (ISNIN) – Solat dan Khutbah Hari Raya Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan telah diimam dan disampaikan oleh YBrs Us. Mohamad Afandi Che Harun, Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Setelah selesai solat Aidiladha diteruskan dengan Program Ibadah Korban bertempat di perkarangan Anjung A melibatkan seramai 200 orang petugas terdiri dari kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan jemaah masjid secara gotong-royong menguruskan 11 ekor lembu korban. Agihan daging korban kepada jemaah telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Jamal b. Abdul Halim, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Klik link dibawah untuk melihat lebih banyak gambar-gambar program:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=878427287656646&set=pcb.878427650989943
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
|
![]() |
|
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
10-11 JUN 2024M | 3-4 ZULHIJAH 1445H (ISNIN-SELASA) – Kursus Profesionalisme Imam dan Bilal 2024 anjuran Unit Kelas Pengajian Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Dewan Serbaguna MWPKL telah dirasmikan oleh YBrs. Ustaz Jamal bin Abd Halim, Imam Besar MWPKL. Kursus tersebut telah mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 100 orang peserta yang merupakan imam dan bilal dari pelbagai peringkat umur. Sesi pengisian bagi kursus tersebut telah dibimbing oleh 4 orang penceramah jemputan.
Klik link dibawah untuk melihat lebih banyak gambar-gambar program:
https://www.facebook.com/photo?fbid=874348644731177&set=pcb.874349018064473
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
23 MEI 2024M | 14 ZULKAEDAH 1445H (KHAMIS) – Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) melalui Cawangan Khidmat Sosial Dan Kebajikan telah meneruskan lagi Program Serahan Sumbangan Bait Al Rizq di Masjid Abu Hurairah untuk komuniti setempat yang merupakan asnaf disekitarnya.
Selain MWP, barangan keperluan asas ini turut disumbang oleh Persatuan Sahabat Masjid yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh MWP. Pada jam 10 pagi, Ustaz Jamal bin Zaidi, Pemangku Imam Besar MWPKL berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada 40 orang penerima bantuan.
Sumbangan juga turut disampaikan kepada 2 asnaf di rumah mereka diiringi oleh Ketua Imam bersama AJK Masjid Abu Hurairah.
Klik link dibawah untuk melihat lebih banyak gambar-gambar program:
https://www.instagram.com/p/C7Tew6GRe4O/?img_index=4
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
|
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.