Kuala Lumpur,Putrajaya
19 Rabiul Akhir 1446  |  22 October 2024
05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:00
Zohor
16:18
Asar
19:00
Maghrib
20:10
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

PROGRAM AMBANG TAHUN BARU HIJRAH 1446H

 

Lawatan 1

4 JULAI 2024M | 28 ZULHIJAH 1445H (KHAMIS) – Program Ambang Tahun Baru Hijrah 1446H, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Pada 1 Muharam 1446H/ 6 Julai 2024M (Sabtu) yang penuh keberkatan, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah mengadakan Program Ambang Tahun Baru Hijrah 1446H. Program dihadiri lebih dari 500 orang jemaah ini dimulakan pada pukul 7 malam dengan bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun, Imam Kanan, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bacaan Surah Yassin ini diadakan bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan pada tahun baru yang bakal tiba.

Seterusnya, program diteruskan dengan bacaan doa akhir tahun 1445H sebagai tanda syukur dan permohonan kepada Allah SWT agar kita semua diampunkan segala dosa dan kesilapan sepanjang tahun ini.

Setelah masuk waktu Maghrib pada pukul 7.30 malam, program diteruskan dengan bacaan doa awal tahun 1446H dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin sekali lagi oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun.

Tazkirah khas sempena Ambang Tahun Baru Hijrah 1446H juga telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun yang menceritakan tentang keistimewaan bulan Muharam. Dalam tazkirah ini, penceramah mengajak para jemaah untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Muharam ini sebagai satu usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Program diteruskan dengan solat Isyak secara berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan yang disediakan untuk semua jemaah yang hadir. Semoga program ini dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT serta memberikan permulaan yang baik bagi Tahun Baru Hijrah 1446H.


Salam Maal Hijrah 1446H
"Al-Falah Pemaju Malaysia Madani"

 

𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:

🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩

WhatsApp Image 2023 04 10 at 16.19.22 Program Jom Fit Sihat dan Cergas 04
Program Ambang Tahun Baru 1446H PIC6 Program Ambang Tahun Baru 1446H PIC1
7 Forum Perdana semperna Sambutan Maal Hijrah Peringkat MWPKL 1445H

Sumbangan Al Quran pic 6

 

 Disediakan oleh:

Unit Ibadah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.