Kuala Lumpur,Putrajaya
19 Rabiul Akhir 1446  |  22 October 2024
05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:00
Zohor
16:18
Asar
19:00
Maghrib
20:10
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

FORUM SHARE HIJRAH SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU HIJRAH 1446H

 

Lawatan 1

4 JULAI 2024M | 28 ZULHIJAH 1445H (KHAMIS) – Telah berlangsung forum bertajuk "Ke Manakah Hijrah Ku..." bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Share Hjirah ini dianjurkan untuk berkongsi pengalaman hijrah iman dalam kehidupan yang penuh mencabar ini.

Tn. Hj. Shamsul Ghau Ghau, selaku moderator, membuka tirai forum dengan awal surah Al Ankabut: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?".

Forum diserikan dengan perkongsian En. Muhammad Mikhael Sathaya@muka gengster merupakan seorang mualaf yang telah 6 tahun memeluk agama Islam yang juga panel jemputan. Dalam misi mencari Tuhan, pelbagai pahit manis yang ditempuhi sehingga hampir menggugat prinsip hidup seorang muslim sejati. Tidak kurang juga panel kedua, puan Masitah binti Mohd Afandy @ Mashy, seorang usahawan berjaya dan founder produk digital. Liku-liku hidup dengan penuh dugaan, yang membabitkan kemalangan sehingga hilang seluruh penglihatannya, namun semuanya dianggap suatu yang rahmat yang besar dari Ilahi bukan suatu ujian bahkan gurauan dari Allah SWT.

Forum yang dihadiri lebih 350 orang jemaah ini mencetuskan perkongsian hijrah 2 panel hebat dengan kisah hijrah mereka yang sangat memberi inspirasi kepada kita sebagai hamba yang sangat kerdil ini.

 

𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:

🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩

WhatsApp Image 2023 04 10 at 16.19.22 Program Jom Fit Sihat dan Cergas 04
7 Forum Perdana semperna Sambutan Maal Hijrah Peringkat MWPKL 1445H

Sumbangan Al Quran pic 6

 

 Disediakan oleh:

Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.