15 JANUARI 2023M | 22 JAMADILAKHIR 1444H (AHAD) – Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) melalui Cawangan Khidmat Sosial dan Kebajikan telah mengadakan Program Sharing Session Bil. 1/2023. Program ini disasarkan kepada sukarelawan yang bertugas di MWP. Sukarelawan masjid merupakan “duta kecil” yang berperanan memberikan penerangan kepada setiap pelancong yang melawat masjid. Justeru itu, mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu sama ada bidang agama atau reka bentuk seni bina masjid. Seramai 35 orang sukarelawan hadir pada program kali ini.
Sesi perkongsian ini disampaikan oleh Tuan Haji Noli, Pengarah Hidayah Centre Foundation. Semoga dengan ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada setiap sukarelawan yang hadir.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
10 JANUARI 2023M | 17 JAMADILAKHIR 1444H (SELASA) – Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) melalui Cawangan Khidmat Sosial Dan Kebajikan meneruskan lagi Program Serahan Sumbangan Bait Al Rizq bagi Tahun 2023. Program kali ini diadakan di PPR Intan Baiduri, Taman Intan Baiduri, Kepong.
Selain MWP, barangan keperluan asas ini turut disumbang oleh Persatuan Sahabat Masjid yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh MWP.
Imam Besar MWP, YBrs. Ustaz Rozimi bin Zamri berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada 32 orang penerima. Manakala pihak PPR diwakili oleh En. Zulkifli bin Abdullah selaku Pengerusi Persatuan Penduduk.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung dan menjalinkan ukhuwwah di antara MWP dan penduduk setempat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
8 JANUARI 2023M | 15 JAMADILAKHIR 1444H (AHAD) – Bertempat di dewan serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan KL telah berlangsung sesi pendaftaran dan temuduga bagi Kelas Pengajian Dewasa dan Kanak-Kanak MWPKL Sesi Tahun 2023M. Dianggarkan seramai 200 orang telah hadir bagi sesi pengajian tahun ini yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
5 JANUARI 2023M | 12 JAMADILAKHIR 1444H (KHAMIS) – Masjid Wilayah Persekutuan melalui Cawangan Khidmat Sosial Dan Kebajikan telah membuka tirai tahun 2023 dengan Program Cakna Kasih Masjid Wilayah Persekutuan (MWP). Program ini diadakan bagi menyantuni penerima-penerima sumbangan Bait Al Rizq MWP yang terpilih dengan menziarahi dan menyampaikan bantuan sumbangan.
Untuk permulaan, Encik Sharkawi bin Saari daripada Pangsapuri Kos Rendah, Bandar Tasek Selatan telah dipilih di dalam program kali ini. Encik Sarkawi menghidap kanser tulang manakala isterinya menghidap kencing manis dan darah tinggi kronik. Barangan keperluan asas berupa beras, minyak masak, tepung dan makanan berkhasiat telah disampaikan. Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban tanggungan beliau yang kini menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang pendapatan tetap.
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan & Sosial,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
16 & 18 DISEMBER 2022M | 21 & 23 JAMADILAWAL 1444H (JUMAAT-AHAD) – Unit Kelas Pengajian Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Bengkel Modul Sukatan Pelajaran Kelas-Kelas Pengajian pada 16 hingga 18 Disember 2022. Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam telah dihadiri oleh pegawai-pegawai MWPKL dan guru-guru kelas dewasa dan kanak-kanak yang telah dilantik bagi sesi pengajian tahun 2023.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur