29.7.2017
Unit Kelas Pengajian Cawangan Pengimarahan MWPKL dengan kerjasama Persatuan Guru-Guru Besar KAFA Intergrasi Zon Rawang JAIS telah mengadakan Seminar Kecemerlangan PSRA bertempat di Dewan Serbaguna MWPKL. Seramai 430 orang pelajar dari sekolah-sekolah rendah agama di sekitar daerah Gombak dan Rawang, Selangor telah menyertai seminar tersebut.
26.7.2017
Unit Kursus dan Seminar Cawangan Pengimarahan MWPKL dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan telah mengadakan Bengkel Kecemerlangan UPSR selama 3 hari bertempat di Dewan Serbaguna MWPKL.
28.7.2017
Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) menerusi Cawangan Khidmat Sosial dan Kebajikan telah menganjurkan PROGRAM DISAYANGI 2017 – PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PUSAT KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM & TAHFIZ AL-HABBAH, JALAN SG. TUA, BATU CAVES.
19.7.2017
Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) menerusi Cawangan Khidmat Sosial dan Kebajikan telah menganjurkan PROGRAM DISAYANGI – JALINAN MAHABBAH AIDIL FITRI BERSAMA RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-NASUHA, TAMAN CHANGKAT MULIA, BATU CAVES.
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) telah menganjurkan PROGRAM DISAYANGI – MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN RAUDHATUL NURR JANNAH.