Kuala Lumpur,Putrajaya
3 Zulkaedah 1446  |  01 May 2025
05:43
Imsak
05:53
Subuh
07:28
Dhuha
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PUSAT KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM & TAHFIZ AL-HABBAH

IMG 8542

28.7.2017
Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) menerusi Cawangan Khidmat Sosial dan Kebajikan telah menganjurkan PROGRAM DISAYANGI 2017 – PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PUSAT KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM & TAHFIZ AL-HABBAH, JALAN SG. TUA, BATU CAVES.

Pusat ini dihuni seramai 70 orang pelajar di kalangan anak-anak yatim, fakir miskin, muallaf dan keluarga yang bermasalah. Seramai sepuluh (10) orang pegawai dan kaitangan Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan TUAN HAJI ZAKARIAH BINTI ISA telah turut serta di dalam program tersebut.

Tujuan program ini adalah untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada penghuni seperti 20 paket besar sabun basuh, 3 unit rak buku, 5 paket beras (5 Kg.), 10 Unit Kipas Berdiri, 2 Unit Iron dan 2 Unit Iron Board. Program dimulai dengan sesi beramah mesra bersama pengasas dan penyelia rumah berkenaan kemudian diikuti dengan majlis penyampaian sumbangan oleh YBrs. Tuan Haji Zakariah bin Isa.

Semoga usaha sebegini akan dapat diteruskan dan diperbanyakkan pada masa hadapan bagi meringankan bebanan yang memerlukan.

IMG 8500 IMG 8513

IMG 8535 IMG 8516