Kuala Lumpur,Putrajaya
25 Syawal 1445  |  05 May 2024
05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H

IMG 1646

4.12.2017

Masjid Wilayah Persekutuan telah menjadi tuan rumah kepada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H yang telah diadakan di dewan solat utama. 

Majlis dimulakan dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bersolat maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Sembah Ucapan Aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Pada majlis tersebut baginda yang diiringi YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri turut menyempurnakan upacara Pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H kepada penerima-penerima anugerah. Majlis pada malam tersebut diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.

 

IMG 1521IMG 1527

IMG 1623IMG 1650

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.