Kuala Lumpur,Putrajaya
3 Zulkaedah 1446  |  01 May 2025
05:43
Imsak
05:53
Subuh
07:27
Dhuha
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Majlis Maulid dan Ceramah Umum

 

8.1.2011

Majlis Maulid dan Ceramah Umum bersama Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz telah berlangsung di Dewan Solat Utama selepas solat Maghrib. . Yg. Bhg. Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Zakariah bin Isa turut hadir dan menyambut kedatangan  Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz pada majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan solat maghrib diikuti zikir dan ceramah dari Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz dan berakhir selepas solat Isyak . Seramai 3000 orang jemaah yang  terdiri dari muslimin dan muslimat telah hadir pada majlis tersebut

 

 

AL-FADHIL AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR IBN MUHAMMAD IBN SALIM IBN HAFIZ IBN SHEIKH ABI BAKAR AL-HADRAMI AL-HUSAINI

8.1.2011

Majlis Maulid dan Ceramah Umum bersama Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz telah berlangsung di Dewan Solat Utama selepas solat Maghrib. . Yg. Bhg. Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Zakariah bin Isa turut hadir dan menyambut kedatangan  Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz pada majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan solat maghrib diikuti zikir dan ceramah dari Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz dan berakhir selepas solat Isyak . Seramai 3000 orang jemaah yang  terdiri dari muslimin dan muslimat telah hadir pada majlis tersebut

Maklumat Mengenai AL-FADHIL AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR IBN MUHAMMAD IBN SALIM IBN HAFIZ IBN SHEIKH ABI BAKAR AL-HADRAMI AL-HUSAINI


Pendakwah dikasihi al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Syeikh Abu Bakar bin Salim. Lebih  dikenali denga nama Habib Umar bin Hafiz.

            Merupakan keturunan yang ke-39 dari baginda Nabi Muhammad S.A.W melalui salasilah Saidina Husin bin Ali bin Abi Talib r.a dan Fatimah az-Zahra binti Muhammad S.A.W. Dilahirkan pagi sebelum subuh hari Isnin 4 Muharram 1383H bersamaan 27 Mei 1963 di Bandar Tarim, Hadramaut, Republik Yaman.

            Mendapat pendidikan sempurna tarbiyah Islam di dalam suasana ilmu, iman dan akhlak murni daripada keluarganya yang dipimpin oleh bapanya Habib Muhammad bin Salim juga seorang muftí dan ulama yang terkenal dengan perjuangan dakwah Islam sehingga ke akhir hayatnya. Manghafaz al-Quran pada usia kanak-kanak dan meneruskan pengajian Fekah, Hadis, Aqidah, Bahasa Arab, Akhlak dan sebagainya dari tangan para ulama-ulama besar dan murabbi terkenal khususnya bapanya sendiri selaku Muftí Tarim ketika itu dan dari para ulama sekitar Hadramaut seperti al-Habib Muhammad bin A’lawi bin Syihabuddin, al-Habib Ahmad bin Ali bin Syeikh Abu Bakar, al-Habib Abdullah bin Syeikh Idrus, al-Habib Abdullah bin Hasan Balfaqeh dan ramai lagi.

            Beliau memulakan tanggungjawab sebagai guru dan pendakwah semenjak usia remaja 15 tahun, di samping meneruskan usahanya menambah ilmu.

            Bermula tahun 1402H / 1982M beliau merantau untuk menimba ilmu dan bermusyafahah dengan ulama-ulama Haramain. Antaranya: al-Imam al-Qutbi al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, al-Habib Ahmad Masyhur bin Toha al-Haddad, al-Habib Abu Bakar al-Atthas bin Abdullah al-Habsyi. Juga pernah mendapat ijazah sanad daripada al-Musnid asy-Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani dan Muhaddis al-Haramain as-Sayyid Dr.Muhammad bin A’lawi al-Maliki al-Hasani dan banyak lagi dari kalangan para ulama masyhur.

            Bagi meneruskan kesinambungan dakwah Islam dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat, beliau berjaya mengasaskan Pusat Pengajian Islam Darul Mustafa di Bandar Tarim, Hadramaut pada tahun 1414 / 1994 sehingga berjaya mentarbiyah pelapis-pelapis daie dari merata dunia tremasuk dari rantau Nusantara ini.

            Sehingga kini, beliau bergiat gigih di dalam usaha menyebarkan dakwah ke pelusuk dunia merangkumi negara-negara benua Eropah, India, Afrika termasuklah rantau Asia Tenggara ini. Pernah menghadiri muktamar-muktamar di peringkat dunia antaranya di Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun April 2002, Multaqa Ulama Sedunia di Malaysia pada Jun 2003 dan seumpamanya.

            Banyak menghasilkan karya kitab, buku dan risalah agama untuk dimanfaatkan oleh umat Islam seluruhnya sehingga sampai ilmunya ke tanahair ini.