Kursus Team Buliding Masjid Wilayah Persekutuan
Article Index
29.5.2011
Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Team Buliding bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Mei 2011. Kursus Team Buliding tersebut telah disertai oleh Ahli Jawatankuasa, pegawai dan kakitangan pentadbiran MWP yang dianjurkan oleh Cawangan Pentadbiran Masjid Wilayah.....
29.5.2011
Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Team Buliding bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Mei 2011. Kursus Team Buliding tersebut telah disertai oleh Ahli Jawatankuasa, pegawai dan kakitangan pentadbiran MWP yang dianjurkan oleh Cawangan Pentadbiran Masjid Wilayah dan dikendalikan oleh pihak pusat latihan Active Academy Bukit Gambang Resort City. Aktiviti-aktiviti dan dijalankan tidak memerlukan terlalu banyak tenaga fizikal tetapi lebih mengenai kekuatan mental dan psikologikal. Tujuan Kursus Teambuilding ini ialah untuk menguji kemampuan peserta dari segi mental dan psikologikal bukannya untuk menguji keupayaan fizikal. Melalui pendekatan sebegini peserta akan masih bertenaga dan pulang dengan semangat untuk mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.Melalui kursus ini juga, peserta akan mengetahui bagaimana untuk menghadapi cabaran-cabaran ini, berfikir diatas kaki sendiri dan menjadi pekerja yang lebih baik kepada majikan, masyarakat dan negara. Peserta akan menjalankan tugasan dan aktiviti yang akan membawa mereka melalui pelbagai tahap sehingga berjaya untuk berdikari.
OBJEKTIF
Program berdaya-pantas dan cergas dengan suasana pembelajaran ceria dan menyeronokkan ini akan membantu peserta membina keyakinan diri serta meningkatkan prestasi organisasi. Objektif utama program ialah untuk:
• Mempertingkatkan persefahaman, sikap saling menghormati setia-kawan.
• Memperkukuhkan nilai tanggungjawab dan bertanggungjawab yang dikongsi bersama.
• Menerokai cara-cara untuk membina motivasi pasukan dan menggiatkan semula komitmen
• Memahami peranan dan nilai kepimpinan dalam pasukan untuk mencapai kecemerlangan.
• Memahami kepentingan komunikasi berkesan antara rakan pasukan.
• Mengaplikasikan kemahiran dalam kaedah pemikiran strategik dan penyelesaian masalah cara kreatif untuk
mengatasi isu-isu serta konflik dalam pasukan dengan berkesan.
• Memperbaiki kordinasi, kerjasama dan perhubungan antara satu sama lain
• Mencapai satu tahap sinergi yang lebih tinggi dalam pasukan dan organisasi