28.3.2022
Program Road to Ramadan telah dimulakan dengan Seminar Tadabbur Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di dewan serbaguna MWPKL yang telah diurus setiakan oleh Unit Dakwah MWPKL. Yg.brs Ustaz Muhammad Syaari bin Ab. Rahman telah dijemput bagi menyampaikan ceramah dengan anggaran kehadiran berdaftar seramai 155 orang peserta. Seminar diakhiri dengan ucapan dari Yg.brs Ustaz Dr.Khalid bin Isa, Penolong Pengarah Unit Pengajian MWPKL mewakili Imam Besar MWPKL.
Majlis Pelancaran Bulan Solat Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diadakan di dewan solat utama MWPKL sebelum masuknya waktu solat Jumaat. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Datuk Hj Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan diteruskan dengan ucapan perasmian dan gimmick pelancaran oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ).
10.2.2022
Sempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan telah diadakan sebuah Forum Perdana dengan tajuk ‘Islam dihayati, Wilayah Persekutuan diberkati’ bertempat di dewan solat utama Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Maghrib. Forum yang dianjurkan oleh Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mendapat kerjasama dari Pusat Pungutan Zakat. Personaliti yang telah dijemput bagi menjayakan forum tersebut adalah Us. Dziyaulhaq bin Hashim sebagai moderator, Us.Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek dan YBhg Dato Sri Mahadi BZ sebagai ahli panel. Turut hadir bersama pada forum tersebut Yg.brs Haji Muhyidin bin Aziz@Saari, Imam Besar MWPKL.
Majlis Pelancaran Program Sumbangan Dana / Wakaf Al-Quran kepada masjid, surau Jumaat, surau, sekolah dan pihak-pihak yang terkesan musibah banjir telah diadakan di dewan solat utama. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Hj Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan seterusnya ucapan perasmian oleh YBhg. Tan Sri Dr. Hj Mohd Daud Bakar, Pengerusi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Yg.brs Haji Muhyidin bin Aziz@Saari, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan turut mengiringi beliau bersama Pengarah JAWI melancarkan gimmick perasmian program tersebut di atas pentas. Pada majlis tersebut turut diadakan sesi penyerahan “mock check” sumbangan dari Dato’ Khay Ibrahim, Masjid Jamek Kg. Baru, Pusat Pungutan Zakat dan Wakalah Zakat, Lembaga Tahun Haji, Masjid Wilayah Persekutuan dan Pengerusi MAIWP. Majlis diakhiri dengan tazkirah ringkas oleh YBhg. Tan Sri Dr. Hj Mohd Daud Bakar sebelum masuknya waktu solat Jumaat.
23.12.2021
Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Doa Selamat Peringkat Wilayah Persekutuan telah berlangsung di dewan solat utama MWPKL setelah masuknya solat fardu Maghrib dan diteruskan dengan solat Maghrib diimamkan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Ahmad, Menteri di JPM Hal Ehwal Agama. Beliau turut mengimamkan solat Hajat dan Isyak serta membimbing bacaan doa selamat, manakala bacaan Yasin telah dipimpin oleh Tuan Haji Muhyidin bin Aziz@Saari, Imam Besar MWPKL. YBhg. Tan Sri Dr. Hj Mohd Daud Bakar, Pengerusi, MAIWP, YBhg. S.S Datuk Dr.Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Hj Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI antara yang turut hadir pada majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan tazkirah ringkas oleh YB Menteri selepas solat Isyak.