Kuala Lumpur,Putrajaya
25 Syawal 1445  |  05 May 2024
05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

LAWATAN DARI IACT COLLEGE

Lawatan 1

19 OKTOBER 2022M | 22 RABIUL AWWAL 1444H (RABU) – Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan daripada IACT College, Petaling Jaya, Selangor. Lawatan ini dihadiri seramai 38 orang pelajar dan diketuai oleh Encik Irwan Marlius selaku pensyarah di kolej tersebut. Ketibaan mereka disambut oleh pemandu pelancong MWP dan diberi sedikit taklimat awal sebelum dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memenuhi salah satu daripada pengisian subjek “Study Of Religions” di samping melibatkan pelajar-pelajar dengan suasana ‘rumah terbuka’ di Masjid Wilayah Persekutuan. Pelajar-pelajar ini rata-ratanya datang daripada pelbagai agama dan latar belakang berbeza bagi melihat dan merasai sendiri keindahan senibina masjid dan mempelajari Islam secara umum.

Lawatan ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan sesi bergambar dan pemberian cenderahati kepada setiap pelajar. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi pengalaman dan menambah pengetahuan kepada setiap pelajar-pelajar ini.

 

Lawatan 2 Lawatan 3
 

 Disediakan oleh:

Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

 

 

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.