SUMBANGAN BAIT AL-RIZQ KE SURAU AL-MUTTAQIN, SEGAMBUT
8
27 NOVEMBER 2024M | 25 JAMADILAWAL 1446H (RABU) -Bait Al-Rizq telah mengadakan dua siri sumbangan yang besar kepada masyarakat setempat. Sumbangan pertama telah disampaikan di kediaman Encik Hazimi yang terletak di Apartment Bukit Sri Bintang, Kepong. Sumbangan yang diterima oleh Encik Hazimi berupa 1 set barangan keperluan asas dan juga ubat-ubatan yang sangat dihargai oleh beliau. Keperihatinan pihak Bait Al-Rizq dalam memberikan sokongan kepada individu yang memerlukan ini mendapat perhatian yang sangat positif.
Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Surau Al-Muttaqin di Segambut, di mana Bait Al-Rizq telah menyumbangkan 30 set barangan keperluan asas. Sumbangan ini bertujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, terutama dalam menghadapi cabaran hidup seharian. Kehadiran wakil-wakil Bait Al-Rizq di surau tersebut disambut baik oleh pengurusan surau , yang amat bersyukur atas perhatian yang diberikan.
Dengan inisiatif seperti ini, Bait Al-Rizq terus memainkan peranan penting dalam meringankan beban mereka yang memerlukan dan mempereratkan hubungan dalam komuniti. Aktiviti-aktiviti seperti ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada penerima, malah turut memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus bersama-sama menyumbang kepada kebajikan masyarakat.
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Khidmat Sosial & Kebajikan,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.