Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan
26.1.2014
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Serbaguna MWPKL. Sebelum majlis dimulakan di Dewan Serbaguna, acara perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan
26.1.2014
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Serbaguna MWPKL. Sebelum majlis dimulakan di Dewan Serbaguna, acara perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan oleh kontinjen-kontinjen yang disertai peserta-peserta lelaki telah berarak dari perkarangan parkir kenderaan Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hingga ke parkir kenderaan perkarangan Anjung A Masjid Wilayah Persekutuan. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Pada majlis tersebut juga telah berlangsung acara penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan 1435H yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM kepada penerima-penerima anugerah.