Kuala Lumpur,Putrajaya
21 Rabiul Awal 1447  |  14 September 2025
05:47
Imsak
05:57
Subuh
07:29
Dhuha
13:12
Zohor
16:12
Asar
19:15
Maghrib
20:24
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

PROGRAM SOLAT SUNAT GERHANA BULAN PENUH DAN KHUTBAH KHAS

 

Lawatan 1

 

8 September 2025 | 15 Rabiulawal 1447H (Isnin) –   Masjid Wilayah Persekutuan, melalui Unit Ibadah telah menganjurkan Program Solat Sunat Gerhana Bulan Penuh dan Khutbah Khas bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan.
 
Program yang diadakan bermula pada jam 12 .30 malam dimulakan dengan kehadiran para jemaah seawal 12.00 malam bagi tujuan iktikaf.
 
Acara utama diteruskan dengan taklimat kaifiat Solat dan pelaksanaan Solat Sunat Gerhana Bulan Penuh yang telah diimamkan oleh Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun, diikuti dengan penyampaian Khutbah Khas Gerhana Bulan Penuh oleh beliau.
Khutbah yang disampaikan menekankan peringatan tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT melalui tanda-tanda alam, di samping menyeru para jemaah agar memperbanyakkan ibadah, doa serta keinsafan ketika berlakunya fenomena gerhana.
 
Penganjuran program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kewajipan umat Islam untuk menzahirkan rasa tunduk dan patuh kepada Allah SWT, serta memperkukuhkan penghayatan terhadap ajaran Islam melalui program ilmu dan ibadah yang dianjurkan secara berterusan di Masjid Wilayah Persekutuan.
 
 

 

 

𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:

🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩

 

   WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.23 WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.23 1 
   WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.22  WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.22 1

 

 Disediakan oleh:

Unit Ibadah
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.