Program Kembara Bakti Masjid 2013
21-22/11/2013
Program Kembara Bakti Masjid 2013 anjuran Masjid Wilayah Persekutuan KL (MWPKL) telah diadakan selama 2 hari 1 malam dengan penyertaan seramai 57 orang peserta termasuk urusetia. Rombongan bertolak dengan menaiki 2 buah bas dari perkarangan Anjung A Masjid Wilayah Persekutuan KL menuju ke Darul Quran JAKIM sebagai destinasi lawatan pertama.
21-22/11/2013
Program Kembara Bakti Masjid 2013 anjuran Masjid Wilayah Persekutuan KL (MWPKL) telah diadakan selama 2 hari 1 malam dengan penyertaan seramai 57 orang peserta termasuk urusetia. Rombongan bertolak dengan menaiki 2 buah bas dari perkarangan Anjung A Masjid Wilayah Persekutuan KL menuju ke Darul Quran JAKIM sebagai destinasi lawatan pertama. Program lawatan diteruskan dengan menuju ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan Rumah Ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat dimana peserta rombongan berpeluang menyampaikan sumbangan dari pihak MWPKL dan beramah mesra dengan pesakit-pesakit di wad Hospital Kuala Kubu Bharu dan penghuni-penghuni Rumah Ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum bertolak ke Pusat Latihan Asnaf Zakat di Ulu Yam Selangor untuk bermalam. Pada hari kedua program diteruskan dengan lawatan ke Penjara Sungai Buloh, Selangor bertujuan untuk mengenali fungsi dan peranan pihak penjara melalui sesi taklimat yang telah disampaikan sebelum rombongan bertolak pulang ke Masjid Wilayah Persekutuan KL bagi mengakhiri Program Kembara Bakti Masjid 2013.