Program Ibadah Qurban 2016
12 September 2016 bersamaan 10 Zulhijjah 1437H (Isnin) - Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Ibadah Qurban 2016 yang berlangsung di perkarangan Anjung A, selepas solat Idul Adha. Sebanyak 10 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Program secara gotong-royong ini telah melibatkan lebih kurang seramai 200 orang petugas.
Majlis korban kali ini turut disertai oleh peserta dan ahli daripada Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia yang melaksanakan ibadah korban serentak di 4 buah negara. Yayasan ini telah menyumbang sebanyak 2 daripada 4 ekor lembu yang dikorbankan kepada pihak masjid untuk diagihkan kepada orang awam dan telah menjadikan jumlah agihan masjid sebanyak 12 ekor.
Ketua Pengarah JAKIM, Yg. Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, turut hadir meluangkan masa beramah mesra bersama jemaah dan peserta yayasan yang hadir menyertai program tersebut. Beliau telah diiringi oleh Yg.Brs. Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan Oleh:
Admin, Masjid Wilayah Persekutuan.