Kuala Lumpur,Putrajaya
25 Syawal 1445  |  05 May 2024
05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Perhimpunan Bulanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

berita size pic utama 01A

 

23 Februari 2018/ 7 Jamadilakhir 1439H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan JAWI bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 

 

Majlis perhimpunan ini telah dihadiri lebih 260 orang kakitangan JAWI Kuala Lumpur dan Putrajaya. Perhimpunan ini adalah bertujuan memupuk semangat cintakan organisasi dalam meningkatkan perkhidmatan pegawai-pegawai JAWI kepada seluruh masyarakat terutama yang beragama Islam selain dapat mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan JAWI.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua di atas pencapaian cemerlang JAWI dalam mentadbir, mengurus, merealisasikan peranan dan hala tuju JAWI sepanjang tahun 2017. Beliau juga menyatakan hasrat agar JAWI melaksanakan aktiviti/gerak kerja ‘turun padang’ lebih kerap pada tahun 2018.

Kehadiran YBhg. Tan Sri Dato’ Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim pada perhimpunan kali ini amat dihargai. Beliau turut berbangga dengan pencapaian JAWI dan menyampaikan amanat kepada semua agar sentiasa berasa seronok dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi, serta yakin akan keupayaan diri dalam melaksanakan sesuatu tugas. Beliau juga berharap agar semua pegawai JAWI dapat membantu menaikkan nama baik jabatan walau di mana sahaja seseorang pegawai itu ditempatkan.

Majlis diakhiri dengan bergambar kenangan bersama YBhg. Tan Sri Dato’ Othman Bin Mustapha yang akan bersara tidak lama lagi. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar, amanat dan kerjasama yang telah diberi.

 

berita size pic utama 06 berita size pic utama 07A
berita size pic utama 03

berita size pic utama 04

berita size pic utama 05 berita size pic utama 02A

 

Disediakan oleh;

Admin, Masjid Wilayah Persekutuan.

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.