Kuala Lumpur,Putrajaya
23 Syawal 1445  |  03 May 2024
05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Masjid Wilayah Persekutuan Bil.3/2011

04 Julai 2011

Pada 4 Julai lalu, satu Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bil.3/2011 telah berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi Masjid Wilayah. Mesyuarat ini  buat pertama kalinya telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Tuan Haji Othman Bin Mustapha.

Pada 4 Julai lalu, satu Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bil.3/2011 telah berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi Masjid Wilayah. Mesyuarat ini  buat pertama kalinya telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Tuan Haji Othman Bin Mustapha. Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa Masjid Wilayah setelah menggantikan Mantan Ketua Pengarah Jakim Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatan Kuasa yang lain di samping Pegawai-pegawai Pentadbiran Masjid yang turut hadir bagi mengambil maklum perbincangan mesyuarat. Mesyuarat telah dimulakan pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 12.00 tengah malam. Sebanyak lebih 15 kertas kerja telah dibentangkan olah Imam Besar Ustaz Zakariah Bin Isa dan hampir keseluruhannya diluluskan dengan mengurangkan bajet dan kekerapan sesebuah program.

Dalam pertemuan mesyuarat kali ini, Tuan Pengerusi turut mengambil kesempatan bagi memulakannya dengan sesi taaruf sesama ahli mesyuarat. Harapan beliau agar kerjasama dan gandingan barisan Ahli Jawatan Kuasa ini akan terus lebih kukuh dan mantap dalam membantu gerak kerja Pihak Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan. Mesyuarat ini telah diurusetiakan oleh Unit Ibadah & Dakwah yang diketuai oleh Ustaz Mohammad Ashraf Ibrahim dengan dibantu oleh beberapa kakitangan pentadbiran yang lain.

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.