Kuala Lumpur,Putrajaya
3 Zulkaedah 1446  |  01 May 2025
05:43
Imsak
05:53
Subuh
07:28
Dhuha
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BAGI PROJEK WAKAF 1 JUTA AL-QURAN

 

8Lawatan 1

27 JANUARI 2025M | 27 REJAB 1446H (ISNIN) - Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bersama-sama Yayasan Restu telah mengadakan satu kerjasama Projek Wakaf 1 Juta Al-Quran dan dengan ini satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Yayasan Restu dan Masjid Wilayah Persekutuan bertempat di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.

Perjanjian ini bertujuan melaksanakan projek mencetak 10,000 naskhah al-Quran dalam pelbagai bahasa, yang dilancarkan sempena Majlis Pelancaran Wakaf 1 Juta al-Quran.

Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuhkan peranan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai masjid pelancongan yang mesra dengan kepelbagaian bahasa, sekali gus mempromosikan nilai keindahan Islam kepada masyarakat antarabangsa. Cetakan al-Quran dalam 17 bahasa ini bukan sahaja akan memanfaatkan umat Islam tetapi juga menarik minat pelancong bukan Islam untuk memahami keagungan kitab suci ini.

Firman Allah S.W.T:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Zikr (al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."
(Surah al-Hijr, ayat 9)

Inisiatif ini merupakan langkah besar dalam menyebarkan dakwah Islam dan memartabatkan al-Quran sebagai pedoman hidup sejagat.

 

𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:

🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩

455645401 916438100522231 1880931188349281396 n WhatsApp Image 2024 12 02 at 09.31.24
WhatsApp Image 2024 08 16 at 11.12.29 Program Ambang Tahun Baru 1446H PIC1
 WhatsApp Image 2025 01 02 at 10.34.25 7  WhatsApp Image 2025 01 02 at 10.34.25 9
 

 Disediakan oleh:

Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.