Majlis Khatam Al-Quran sempena dengan bulan Ramadhan 1433H
13.8.2012
Majlis Khatam Al-Quran sempena dengan bulan Ramadhan 1433H telah diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan. Seramai 24 orang peserta tadarus Al Quran yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada sepanjang Ramadhan telah dipilih untuk memperdengarkan bacaan pada majlis tersebut dengan dipimpin oleh dua Imam jemputan iaitu Syeikh Romi Al Badawi dari Syria dan Syeikh Mohamed Munji dari Mesir. Turut hadir pada majlis tersebut Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan yang turut menyampaikan cenderahati kepada para peserta tadarus sebelum majlis berakhir.