Kuala Lumpur,Putrajaya
19 Rabiul Akhir 1446  |  22 October 2024
05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:00
Zohor
16:18
Asar
19:00
Maghrib
20:10
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MUALAF, RCS REVERTS COMMUNITY SYNERGY DAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR

 

Lawatan 1

8 JULAI 2024M | 2 MUHARAM 1446H (ISNIN) – Majlis Khatam Al-Quran Mualaf, RCS Reverts Community Synergy dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Pada 8 Julai 2024/ 2 Muharam 1446H (Isnin), telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Mualaf , RCS Reverts Community Synergy dan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah diadakan di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Program yang dikendalikan dengan penuh bermakna ini bermula dengan persembahan bacaan ayat suci al Quran oleh Qariah Muallaf dan diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria bin Mohamed, Imam Kanan, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Antara sorotan acara adalah ketika 2 (dua) orang saudara baru telah menerima syahadah secara rasmi, menyatukan mereka dengan masyarakat Islam. Semoga mereka diberi kekuatan untuk istiqomah dalam mempelajari agama Islam.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sumbangan cenderahati kepada para peserta yang disampaikan oleh Wakil Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Zakaria bin Mohamed. Majlis diakhiri dengan jamuan makan untuk semua tetamu yang hadir.
Semoga majlis seperti ini dapat meningkatkan kecintaan kita kepada Al-Quran dan seterusnya dapat membudayakan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian.

 

𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:

🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩

WhatsApp Image 2023 04 10 at 16.19.22 Program Jom Fit Sihat dan Cergas 04
Program Ambang Tahun Baru 1446H PIC6 Program Ambang Tahun Baru 1446H PIC1
 WhatsApp Image 2024 07 09 at 12.47.19

 Disediakan oleh:

Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.