LAWATAN TEKNIKAL BERSEMPENA GLOBAL HALAL SUMMIT (GHaS) 2025
Masjid Wilayah Persekutuan berbesar hati dipilih sebagai rakan strategik dalam penganjuran Lawatan Teknikal bersempena Global Halal Summit (GHaS) 2025, anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Islamic Tourism Centre (ITC).
Lawatan ini mengetengahkan keindahan seni bina Masjid Wilayah Persekutuan serta memperkenalkan elemen Pelancongan Islam dan Hospitaliti Mesra-Muslim kepada peserta dari dalam dan luar negara.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada para sukarelawan Mosque Tour Program, Masjid Wilayah Persekutuan yang telah menyantuni seramai 150 orang peserta sepanjang sesi lawatan ini.
Semoga kerjasama strategik ini terus memperkukuh usaha mempromosikan industri pelancongan negara, khususnya dalam memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Islam terkemuka dunia.
#GlobalHalalSummit2025 #IslamicTourism #MasjidWilayahPersekutuan
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.