LAWATAN ADIK-ADIK TADIKA DUHA BESTARI KE MWPKL
15 OGOS 2024M | 10 SAFAR 1446H (RABU) – Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah menerima lawatan sambil belajar dari Tadika Duha Bestari seramai 40 orang murid berusia antara 3 hingga 6 tahun, bersama 4 orang guru pengiring dan 2 orang fasilitator.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang keindahan dan fungsi masjid sebagai pusat ibadah dan komuniti. Semasa lawatan, pelajar-pelajar berpeluang melihat struktur seni bina masjid yang cantik dan mendalami nilai-nilai Islam melalui penerangan yang disampaikan oleh pihak masjid.
Selain itu, pertandingan mewarna juga diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti lawatan. Para pelajar menunjukkan kreativiti mereka dengan mewarna gambar lukisan masjid yang telah disediakan oleh pihak masjid.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata kepada peserta lawatan. Dengan aktiviti ini diharapkan dapat memberi galakan kepada peserta-peserta cilik dan mereka dapat merasai sendiri pengalaman masuk ke masjid.
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
Disediakan oleh:
Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.