KURSUS PROFESIONALISME IMAM & BILAL SIRI 2 2024
8
20-22 SEPT. 2024M | 16-18 RABIULAWAL 1446H (JUMAAT-AHAD) - Masjid Wilayah Persekutuan melalui Unit Kelas Pengajian telah mengadakan Kursus Profesionalisme Imam & Bilal pada 20, 21 dan 22 September 2024 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.
Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pegawai dari institusi Pengajian dan Agensi Kerajaan seluruh Wilayah Persekutuan telah mengikuti kursus ini. Kursus ini memberi pendedahan bahawa pentingnya imam dan bilal di Wilayah Persekutuan mempunyai kemahiran dan teknik yang betul dalam menjalankan tugas dan menghadapi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan lain-lain.
Panel penceramah terdiri daripada Ss. Tuan Hj Hazaruddin bin Baharuddin (Timb Mufti Melaka), Us. Tuan Hj Ehsan bin Mohd Hosni (Imam Besar Masjid Negara), Dr. Khalid bin Isa (Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan) dan Ustaz Jamal Zaidi bin Ismail (Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan) yang mengisi slot motivasi dalam sesi kursus ini.
Semoga semua peserta yang hadir beroleh ilmu yang bermanfaat untuk diaplikasikan kepada anak kariah dan pengurusan masjid ditempat masing-masing.
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Kelas Pengajian,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.