Kuala Lumpur,Putrajaya
3 Zulkaedah 1446  |  01 May 2025
05:43
Imsak
05:53
Subuh
07:27
Dhuha
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Kursus Microsoft Excel 2007

6 April 2011

Kursus Microsoft Excel 2007 siri 1/2011 telah dijalankan selama 2 hari pada 5 - 6 Aprril 2011 bertempat di Makmal Komputer Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur, yang dianjurkan oleh Unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 

5 hingga 6 April 2011 – bertempat di Makmal Komputer Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur,  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  telah menganjurkan Kursus Microsoft Excel 2007 Siri 1/2011 yang  dihadiri oleh  pegawai gred kumpulan sokongan seramai 20 orang.  Kursus ini dibimbing oleh Puan Faraliza bt Mohd Salleh sebagai Pegawai Sistem Maklumat dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.  Antara objektif kursus adalah memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai aplikasi komputer dalam tugas harian serta meningkatkan kecekapan/kemahiran penggunaan program Microsoft Excel.  Pengisian kursus di antaranya mengenal kekunci didalam program excel, fungsi carian dan pengiraan, import dan export data serta pembinaan carta/graf.