Kursus Asas Haji 1439H (Siri 5)
23 Disember 2017/ 4 Rabiulakhir 1439H – Masjid Wilayah Persekutuan meneruskan Kursus Asas Haji siri 5 bagi sesi 1439H yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kursus pada kali ini disampaikan oleh Ustaz Amran bin Mat Arriffen bermula pada jam 9.00pagi dengan tajuk Tawaf (Rukun Haji) dan berakhir pada jam 11.00pagi. Para peserta khusyuk dengan penyampaian penceramah yang bersahaja tetapi padat dengan info dan diselitkan dengan penceritaan pengalaman penceramah ketika mengerjakan haji dan umrah. Bagi peserta yang tidak dapat hadir, boleh ikuti kursus melalui facebook live di link
https://www.facebook.com/masjidwilayahpersekutuan/videos/1244175682379118/
https://www.facebook.com/masjidwilayahpersekutuan/videos/1244139429049410/
Semoga para peserta dapat memanfaatkan dan memanjangkan ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Amran dan sebagai panduan untuk mengerjakan haji nanti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan Oleh:
Admin, Masjid Wilayah Persekutuan.