KUNJUNGAN MAHABBAH KE SUNGAI BESAR, SELANGOR.
8
16 OKTOBER 2024M | 13 RABIULAKHIR 1446H (RABU) - Kunjungan Mahabbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JAWI) dan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (MWPKL) ke Sungai Besar, Selangor.
Sebagai salah satu bahagian di bawah pentadbiran JAWI, MWPKL sentiasa komited dalam membantu asnaf dan insan yang memerlukan tidak kira walau di mana mereka berada.
Pada 16 Oktober 2024 juga telah berlangsungnya kunjungan mahabbah delegasi JAWI ke Sungai Besar, Selangor bagi membincangkan secara terperinci penganjuran Program Santuni Madani yang akan dilangsungkan dalam masa yang terdekat. Delegasi JAWI telah diketuai oleh YBhg. Kolonel Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI merangkap Pengerusi Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan disertai oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Tuan Haji Jamal bin Abdul Halim bersama ketua-ketua bahagian dan para delegasi lain dari JAWI.
Kunjungan di Sungai Besar ini lebih kepada Kampung Parit 5 & Parit 6 melibatkan beberapa pertemuan dan kunjungan utama iaitu:
1) Kunjungan ke Pegawai Tadbir Agama, Sabak Bernam.
2) Bertemu Y.D.H Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Sabak Bernam, YBhg. Dato' Dr. Hj Paridul Adras B. Ismail, Tuan Nazir, Barisan AJK & Wakil Penduduk dan Masjid Badli Shah Parit 6, Sungai Besar, Selangor.
3) Kunjungan kepada Guru Besar, Sekolah Keb. Parit 6.
4) Kunjungan Hormat kepada Pegawai Daerah & Tanah Sabak Bernam.
JAWI dan Masjid Wilayah Persekutuan sentiasa komited untuk terus menjayakan program berkonsepkan Dakwah Bil Hal kepada umat Islam tidak kira walau di mana mereka berada.
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Admin,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.