KULIAH KHAS SEMPENA ISRAK MIKRAJ : HIKMAH ISRAK MIKRAJ MEMBINA GENERASI HEBAT
8
23 JANUARI 2025M | 23 REJAB 1446H (KHAMIS) - Unit Dakwah, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah mengadakan Kuliah Khas sempena Israk Mikraj yang bertajuk "Hikmah Israk Mikraj Membina Generasi Hebat". Kuliah diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan - Rasmi dengan kehadiran 600 ramai jemaah yang penuh semangat untuk mendalami pengajaran daripada peristiwa agung ini. Penceramah undangan, Al-Fadhil Ustaz (Dr.) Haji Bashir bin Mohamed Al-Azhari membuka tirai kuliah dengan menceritakan keistimewaan mukjizat yang dikurniakan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Beliau menjelaskan bahawa Israk Mikraj adalah salah satu mukjizat terbesar yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. Selain itu, ia juga menjadi bukti keimanan yang mendalam bagi umat Islam dalam menerima perkara ghaib yang melangkaui logik akal manusia.
Penceramah kemudian membawa jemaah mengimbau peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab. Dalam perjalanan Israk, Nabi s.a.w. dibawa dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis dengan menaiki Buraq, seekor makhluk istimewa. Setelah itu, Nabi Muhammad s.a.w. melalui Mikraj, iaitu perjalanan naik ke langit untuk bertemu Allah s.w.t.
Dalam perjalanan tersebut, baginda ditunjukkan gambaran syurga dan neraka. Ustaz menekankan bahawa peristiwa ini bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi juga membawa mesej mendalam tentang ganjaran bagi yang taat kepada Allah dan balasan bagi yang ingkar. Antara gambaran neraka yang diceritakan adalah penderitaan mereka yang tidak menunaikan solat, memakan harta anak yatim, dan melakukan kezaliman.
Sebaliknya, gambaran syurga memperlihatkan kenikmatan yang diberikan kepada hamba-hamba Allah yang taat, beriman, dan berakhlak mulia. Ustaz mengingatkan para jemaah bahawa hikmah utama daripada peristiwa ini adalah untuk membentuk generasi yang hebat melalui ketaatan kepada Allah dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad s.a.w.
Kuliah ditutup dengan doa agar umat Islam terus istiqamah dalam menjalankan perintah Allah dan menjadikan Israk Mikraj sebagai inspirasi untuk menjadi insan yang lebih baik. Para tetamu/jemaah diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah.
Terima kasih kepada semua tetamu/jemaah yang hadir 💐
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.