Kuala Lumpur,Putrajaya
6 Zulkaedah 1445  |  15 May 2024
05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

JALINAN MAHABBAH AIDIL FITRI BERSAMA PELAJAR MADRASAH TAHFIZ AL-YAMANI

IMG 8164

Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) menerusi Cawangan Khidmat Sosial dan Kebajikan telah menganjurkan PROGRAM DISAYANGI – JALINAN MAHABBAH AIDIL FITRI BERSAMA PELAJAR MADRASAH TAHFIZ AL-YAMANI, KG. BARU.

Program bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Jeffri bin Bujang dan diikuti dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ustaz Razali bin Abdul Khadim, Penyelia Madrasah Tahfiz Al-Yamani. Program ini diteruskan lagi dengan ucapan balas oleh YBrs. Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan. Program diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar dan pusat tahfiz tersebut yang berupa enam (6) unit kipas berdiri, satu (1) gulung tikar getah, enam (6) tin besar biskut, gula dan jus minuman serta wang tunai berjumlah RM2,000.00 hasil derma jemaah Masjid Wilayah Persekutuan.

Sehingga 13 Julai 2017, Madrasah tersebut telah menerima seramai 45 orang pelajar iaitu 25 lelaki dan 20 perempuan yang datang daripada dalam negeri dan luar Negara (Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Myammar). Madrasah ini berkonsepkan pengajian secara percuma. Pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran sebaliknya pihak madrasah akan membiayai sepenuhnya keperluan dan tempat tinggal pelajar.

IMG 8132 IMG 8160

IMG 8175 IMG 8182

 


 

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.