EDARAN BAIT AL RIZQ – EDISI RAMADAN
8
✨ Rezeki Dikongsi, Barakah Dirasai ✨
Alhamdulillah, dengan izin Allah serta sokongan para penyumbang yang dermawan, Bait al Rizq – Edisi Ramadan berjaya direalisasikan!
Sebanyak 426 pek barangan keperluan makanan asas telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan:
✅ 48 penerima melalui pengambilan di kaunter Bait al-Rizq
✅ 80 pek bagi 8 surau seliaan Masjid al-Khasyi’in
✅ 78 pek bagi kakitangan MWP
✅ 100 pek kepada golongan asnaf di sekitar Kuala Lumpur
✅ 30 pek kepada pelajar SK Desa Tasik
✅ 60 pek kepada Darul Quran, JAKIM
✅ 30 pek kepada Kompleks Kediaman Kakitangan Awam, Brickfields
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong program ini dengan sumbangan, doa dan tenaga. Tanpa anda, usaha ini tidak akan menjadi kenyataan.
Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan, setiap tenaga yang dicurahkan, menjadi asbab keberkatan hidup, dilipatgandakan pahala, dan diterima sebagai amalan soleh di sisi-Nya.
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga tentang memberi, berkongsi, dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Teruskan menyebarkan kebaikan, kerana setiap rezeki yang dikongsi membawa seribu erti.
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan dan Sosial,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.