Kuala Lumpur,Putrajaya
25 Syawal 1445  |  05 May 2024
05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Bengkel Imam Junior 2018

berita size pic utama 02

 

23-24 Februari 2018 / 7-8 Jamadilakhir 1439H – Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah menganjurkan Bengkel Imam Junior Siri 1/2018 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan.

 

Program yang dianjurkan selama 2 hari ini telah disertai oleh 46 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Sains, Kuala Selangor, dan 2 orang guru pengiring. Bengkel selama 2 hari ini telah memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada para peserta akan peranan dan etika seorang imam. Para peserta juga diberi tunjuk ajar akan teknik penyampaian azan,khutbah, pengurusan jenazah, bacaan doa  dan wirid (solat) dan bacaan doa di majlis-majlis rasmi. Di samping itu juga, para peserta  dan dikehendaki menghafal Surah as-Sajadah, ayat 1-30. Pembimbing bagi bengkel ini adalah para imam dan bilal Masjid Wilayah Persekutuan. 

            Para peserta telah mempersembahkan hafalan Surah as-Sajadah, laungan azan dan doa semasa Majlis Perasmian Penutup diadakan. Ucapan perasmian penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Zuhairee Bin Mohd Yatim, Penolong Pengarah Kanan, Masjid Wilayah Persekutuan, mewakili Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan.  Turut hadir, Tuan Haji Abdul Raof Bin Mohd Daud, mewakili pihak Sekolah Menengah Sains, Kuala Selangor. 

berita size pic huraian 04 berita size pic huraian 07
berita size pic huraian 06

berita size pic huraian 08

berita size pic huraian 01 berita size pic huraian 03

 

Disediakan oleh;

Admin, Masjid Wilayah Persekutuan.

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.