Kuala Lumpur,Putrajaya
23 Rabiul Akhir 1447  |  16 October 2025
05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:22
Dhuha
13:01
Zohor
16:18
Asar
19:01
Maghrib
20:11
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

BAYAN BERSAMA MOLANA TARIQ JAMIL

 

Lawatan 1

 

18 Julai 2025 | 22 Muharam 1447H (Jumaat) – Masjid Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program Bayan bersama Molana Tariq Jamil bertempat di Dewan Solat Utama dengan kehadiran seramai 7000 orang jemaah. Para jemaah hadir seawal jam 5.30 petang lagi bagi bersama-sama mengimarahkan majlis tersebut.
Program ini dijalankan selepas solat Maghrib berjemaah dengan dimulakan sesi kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Al- Fadhil Ustaz Haji Airy bin Abdullah, Imam 1 Masjid Jamek Sri Petaling.
Selepas solat Isya' berjemaah, program bayan telah pun dimulakan dan sesi kuliah telah dibahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian pentas utama dimana Molana Tariq Jamil menyampaikan bayan dan di satu bahagian lagi adalah tempat bagi penterjemah bayan di mana telah disampaikan oleh Tuan Haji Osman. Para jemaah dilihat begitu khusyuk mendengar bayan yang disampaikan Molana Tariq Jamil. Program berakhir kira-kira jam 11.30 malam.
Kami sebagai tuan rumah juga amat berbesar hati kerana dipilih bagi Program ke-3 Bayan Bersama Molana Tariq Jamil di Malaysia ini. Semoga dengan adanya majlis ilmu seperti ini dapat menyemarakkan semangat mencintai ilmu di kalangan para jemaah muslimin dan muslimat sekalian. Alhamdulillah secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan baik dan lancar.
 

 

 

𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:

🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩

 

   WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.23 WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.23 1 
   WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.22  WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.22 1
  
  
   

 

 Disediakan oleh:

Unit Ibadah
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.