Kuala Lumpur,Putrajaya
6 Syawal 1445
05:49
Imsak
05:59
Subuh
13:16
Zohor
16:27
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

PROGRAM JILSAH ULAMA 2021-2022

PENGENALAN

 

Terdapat kecenderungan dalam kalangan ilmuan masakini yang bersikap mengambil mudah, kurang teliti dan cermat dalam memberikan pandangan hukum mengenai isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat.

       Natijah daripada itu, wujud pandangan hukum yang boleh disifatkan sebagai agak longgar sehingga menyimpang jauh daripada pandangan ulama muktabar seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab turath samada kitab induk mahupun syarahnya.

          Justeru, antara keperluan yang amat mendesak masakini ialah mengetengahkan kembali tradisi pengajian Islam berasaskan kitab-kitab turath dalam kalangan masyarakat agar kecenderungan mengambil mudah dan sikap kurang teliti dalam memberikan pandangan hukum semasa dapat diatasi.

 

Golongan Sasaran:

1.   Pegawai-Pegawai JAWI & JAKIM

2.   Pegawai-Pegawai Pejabat Mufti

3.   Pensyarah-Pensyarah Universiti IPTA/IPTS

4.   Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN)

5.   Pendakwah dan individu yang berminat

6.   Masyarakat awam

 

Perlaksanaan pengajian adalah seperti tetapan berikut :

Tarikh  :  Sabtu setiap hujung bulan [ Sebulan sekali bermula  November 2021]

Masa  :  9.00-11.00 pagi [ 2 jam]

Tempat  :  Dewan Solat/Dewan Muslimin Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tempoh  :  2021-2022  (14 Siri Program)

 

Subjek Pengajian Jilsah Ulama

 

Pengajian ini memberi tumpuan kepada perbahasan dalam masalah fiqh dengan menjadikan kitab Minhaj Al-Talibin karya Imam Al-Nawawi dan mensyarahkan kitab induk tersebut. Kitab-kitab syarah kepada Minhaj al-Talibin yang menjadi rujukan dalam program ini, iaitu:

1. Kitab Tuhfah al-Muhtaj, karya Ibn Hajar al-Haitami.
2. Kitab Nihayah al-Muhtaj, Karya Muhammad bin Ahmad al-Ramli.
3. Kitab Mughni al-Muhtaj, karya Khatib al- Syarbini.
4. Kitab Hashiyatan Qalyubi Wa ‘Umairah, karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi al-Mishri dan Imam Syihabuddin Ahmad al-Burullusi al-Mishri

Hubungi Penyelaras Kelas Pengajian Jilsah Ulama :

  • Pegawai Penyelaras : Ustaz Dr. Khalid bin Isa.
  • Pembantu Pegawai Penyelaras : Ustaz Anas
  • Telefon: 03-62018791/8767
  • Email : masjidwp@jawi.gov.my

KELAS PENGAJIAN PONDOK MASJID

PENGENALAN

 

Pondok Masjid merupakan salah satu program yang dirancang dan dilaksanakan pada tahun 2021.  Program ini adalah hasil cetusan daripada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang mana ia merupakan satu usaha dakwah menyantuni masyarakat sebagai usaha menghayati Islam dan perjuangan Rasulullah S.A.W. Selaras dengan misi yang membawa mesej kedamaian, kesederhanaan dan kasih sayang sesama Islam dan sejagat.

Pondok Masjid dipraktiskan bagi menghidupkan dan menyemarakkan peranan dan fungsi masjid khusunya di Wilayah Persekutuan. Pelan ini dibangunkan bertujuan masjid meriah dengan jemaah serta hidup dengan majlis ilmu.

Pelaksanaan Pelan Pengimarahan ‘Pondok Masjid’ 2021 adalah seperti berikut:

Tarikh program :   6 Mac – 29 Ogos 2021 ( 10 siri )
                                Sabtu dan Ahad

Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
                Masjid An-Nur, Labuan

 

Subjek Pengajian Pondok Masjid

 

Masjid Wilayah Persekutuan (Tafsir)
Pembimbing : SS Datuk Dr. Luqman bin Hj Abdullah
Kitab : Tafsir al-Jalalain
 
Zon 1 (Fiqh Perubatan)
Pembimbing : Ustaz Ahmad Fawwaz Fadzil
Kitab : المقدمة في فقه العصر- باب أحكام الطب
 
Zon 2 (Dakwah)
Pembimbing : Bro Shah Kirit
Kitab : Fiqh Dakwah
 
Zon 3 (Perubatan Islam)
Pembimbing : Dr Muhammad Omar
Kitab : Buku Amalan Perubatan Islam (Rawatan    Jasmani & Rohani 1-5) Dato Dr Haron Din
 
Zon 4 (Tauhid)
Pembimbing : Dr. Ahmad Faisal Abdul Hamid
Kitab : Jawhara al-Tawhid
 
Zon 5 (Tasauf)
Pembimbing : Ustaz Mohd Khair Bin Shamsudin
Kitab : Bustanul ‘Arifin
 
Zon 6 (Sirah)
Pembimbing : Ustaz Muhadir Jol
Kitab : Fiqh Sirah
 
Zon Putrajaya ( Faraid)
Pembimbing : Dr. Mohd Zamro Bin Muda
Kitab : Fiqh Mirath
 
Zon Labuan (Hadis)
Pembimbing : Ustaz Shafie bin Abd Ghani
Kitab : Bulughul Maram

Hubungi Penyelaras Kelas Pengajian Pondok Masjid :

  • Pegawai Penyelaras : Ustaz Dr. Khalid bin Isa.
  • Penolong Pegawai Penyelaras : Ustaz Soleh Ud din bin Isa
  • Pembantu Pegawai Penyelaras : Ustaz Hamizan bin Abd. Hamid
  • Telefon: 03-62018791/8767/8780
  • Fax: 03-62018790
  • Email : masjidwp@jawi.gov.my

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.