Kuala Lumpur,Putrajaya
14 Zulkaedah 1445  |  23 May 2024
05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

QURBAN & AQIQAH

PENGENALAN

 

Ibadah korban merupakan satu ibadah sunat yang sangat dituntut kepada orang yang berkemampuan untuk melaksanakannya selepas solat Sunat Hari Raya Korban (Aidil Adha) pada setiap tahun. Ibadah ini tidak terlepas daripada Masjid Wilayah Persekutuan bagi melaksanakannya setiap tahun. Selain daripada mendapat pahala di sisi Allah, ibadah ini juga dapat meninggikan syiar dan syariat Islam. Matlamat sebenar ibadah korban ini adalah untuk membantu fakir miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di kalangan umat Islam dengan rasa yang penuh keikhlasan, disekitar wilayah persekutuan Kuala Lumpur.

Aqiqah menurut bahasa ertinya ‘Memotong’. Pada asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur). Menurut istilah pula aqiqah ialah Haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepada bayi itu.

Klik disini untuk muat turun Borang Penyertaan Ibadah Korban/ Aqiqah di Masjid Wilayah Persekutuan Tahun 2021.

Hubungi pihak Masjid Wilayah Persekutuan :

Pegawai Penyelaras : Us Shahrudi / Us Abdillah
No. Telefon - 03-62018791/ 8767/ 8780
Email : masjidwp@jawi.gov.my

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.