WACANA / FORUM DAN CERAMAH
PENGENALAN |
Program wacana/ forum dan ceramah ini diadakan bagi tujuan memupuk kecintaan ummah kepada Islam, meningkatkan kefahaman tentang Islam dan memberi inspirasi kepada kita sebagai hamba Allah yang sangat kerdil ini.
Program wacana/ forum dan ceramah ini diadakan sempena menyambut hari-hari kebesaran dalam Islam seperti awal Muharram, Maulud Nabi Muhammad S.A.W, Israk Mikraj, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya AidilAdha dan Nuzul Al-Quran.
Program mensasarkan kehadiran dari pelbagai peringkat umur khususnya jemaah sekitar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan kepada sesiapa yang berminat. Program adalah percuma.
Pihak Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur berharap agar program yang sangat bermanfaat ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi agar dapat memberi impak positif kepada ummah serta mengingatkan kita tentang peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW, satu momen penting yang menandakan perubahan besar dalam sejarah Islam. Kita akan bersama-sama menghayati makna dan pengajaran dari peristiwa tersebut, serta menanamkan rasa kasih dan cinta kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.
Mari bersama-sama kita menjadikan program ini sebagai satu platform untuk memperkukuh iman dan ukhwah, serta memperdalam pengetahuan kita tentang agama Islam.






Kepada pihak yang ingin bekerjasama dengan kami, sila hubungi :
Pegawai Penyelaras : Ustazah Faizah @ Faz
No. Telefon - 03-62018791/ 8767
Email : masjidwp@jawi.gov.my
Kami sangat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan sokongan. Terima kasih!