AKADEMI AL-QURAN WILAYAH PERSEKUTUAN (AQWA)
PENGENALAN |
Akademi Quran Wilayah Persekutuan (AQWA) merupakan sebuah program khas yang ditubuhkan di bawah kendalian Masjid Wilayah Persekutuan dengan sokongan penuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). AQWA ditubuhkan bagi menyediakan bimbingan dan latihan intensif kepada peserta Tilawah dan Hafazan al-Quran Wilayah Persekutuan.
Dibimbing oleh murabbi dan guru al-Quran yang berpengalaman, AQWA menjadi pusat latihan yang tersusun untuk melahirkan wakil Wilayah Persekutuan yang cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menariknya, segala kos pengajian dan kebajikan peserta ditanggung sepenuhnya oleh JAWI dan Masjid Wilayah Persekutuan.
AQWA bukan sekadar sebuah akademi, tetapi sebuah medan untuk membentuk generasi Qurani yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing tinggi demi memartabatkan Islam melalui al-Quran.





Pengambilan pelajar AQWA 2025 telah DITUTUP.
Penyelaras Akademi Al-Quran Wilayah Persekutuan :
Pegawai Penyelaras : Ustaz Mohamad Kharul Anuar
Pembantu Pegawai Penyelaras : Ustaz Anas
Telefon: 03-62018791/8767
Email : masjidwp@jawi.gov.my