18-19.11.2019
Program Sayyidul Ayyam “ Daurah Kitab Safinah an Najah” telah diadakan di dewan jamuan muslimin dengan anggaran kehadiran 100 orang peserta.
15.11.2019
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1441H bertempat di dewan solat utama telah diadakan forum khas yang bertajuk “ Menyelurusi Dakwah Rasulullah SAW Era Kini” selepas solat maghrib.
5.11.2019
Program Forum Khas Muslimat telah diadakan di dewan serbaguna dengan tajuk “Mencari Sakinah, Rahmah dan Mawaddah”.
2.11.2019
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Program Masjid Wilayah Persekutuan Open Day 2019 bersempena dengan sambutan 10 tahun penubuhan Mosque Tour Programme MWPKL.
2.11.2019
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang “Pertandingan Fotografi Keindahan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur” telah diadakan pada Program Masjid Wilayah Persekutuan Open Day 2019 bertempat di Anjung B.